Apa yang suka sangat? because I am able to post an entry tonight..awesome!
It's not that I'm lazy (boooooooo!!!!) well..boleh dikatakan saya agak sibuk untuk melalui kehidupan yang baru =)

I bought a house, a very little comfy house for 3 of us at Damai Perdana, Cheras. Proses untuk menduduki rumah sangat lah memeningkan kepala. Sometimes we (me and hubby) were arguing to get a final decision for our house. Iyelah, kadang-kadang kami tak sependapat dengan beberapa perkara but we tried to discuss and consider and Alhamdulillah we managed to solve the matters. Memang saya tak sabar, sangat tidak sabar nak tinggal di tempat yang baru. Bukanlah rumah sekarang ni sangat nightmare ke ape..cuma, tempat tinggal saya ni ermmm..macam mana eh nak cakap..let's just say, some of the neighbours are so selfish and they made me pasang niat to scratch their vehicles with my house keys! haha! So, saya tak sabar nak pindah! Doakan agar segalanya berjalan dengan lancar, I hope everything will run smoothly.

Aisy Khalish..sekarang dia sudah pon berusia 1 tahun 5 bulan and now he's a toddler. Toddler yang sangat aktif dan curious. Setiap hari, saya doakan dia supaya menjadi anak yang soleh, baik, bijak, pandai dan sentiasa ingat jasa mummy dan papa dia.
Actually, saya ada beberapa perkara yang memang saya tak puas hati! sebab..
Kes 1
Ada yang komplen susah nak sebut nama Aisy..pastu kalau yang bajet ustazah pulak cakap "mati esok-esok susah nak sebut nama tu, terbelit belit lidah imam tu karang" eeehhhhhhh sesedap rasa je kan mulut tu..nak rasa lidah terbelit? haaaa meh sini beta tunjukkan cara nya!! Species macam ni kita kena fikirkan cara dengan kadar yang segera untuk menghapuskan mereka, kan? Dan tahukah anda bahawa Nabi Muhammad SAW memanggil isterinya Aisyah dengan panggilan Aisy? tak tahu? sekarang sudah tahu kan?
Kes 2
Ada yang membezakan anak saya dengan anak adik saya (anak saudara saya). Ye..saya tau anak saudara saya tu hensem..tapi boleh tak agak-agak sikit nak compare-compare anak saya dengan anak saudara saya? Aisy hidung tak mancung pon dia tetap anak saya dunia akhirat, muka Aisy tak macam cina pon dia tetap anak saya dunia akhirat!
Kalau bab anak memang saya sensitif! Sebab..banyak cubaan, dugaan dan cabaran untuk mendapatkan seorang anak..Saya bukan seperti pasangan lain yang mendapat berita gembira selepas beberapa bulan berkahwin. Saya dapat merasa pengalaman bergelar seorang mummy selepas 5 tahun berkahwin...sepanjang tempoh tersebut, hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang bersarang di hati saya. Saya berperang dengan diri sendiri, cuba menjadi kuat namun saya manusia..kadang-kadang rebah juga..So please, stop doing all these things to me..tolong lah..
Ok stop the drama! hehe..
And what about you, Lead?
(what about me?? what?? eceh..kerek plak ko..haha!)
Malas nak cakap pasal diri sendiri..
(Eh, kat atas tu bukan ke ko cakap pasal diri sendiri??)
I wanna lose my weight, that's all..
Wish me luck!
Da-da


